Ghassan Kanafani
Ghassan Kanafani

Ghassan Kanafani

Ghassan Fayiz Kanafani (Arab: غسان فايز كنفانيcode: ar is deprecated ; ‎ 8 April 1936 – 8 Julai 1972) ialah seorang pengarang dan ahli politik Palestin terkemuka, dianggap sebagai seorang penulis novel terkemuka sezaman generasinya, dan juga merupakan salah seorang penulis Palestin terkemuka di dunia Arab.[1] Karya Kanafani telah diterjemahkan ke dalam lebih daripada 17 bahasa.[1]Dilahirkan di Akko, Palestin Bermandat pada tahun 1936, keluarganya telah dipaksa keluar dari kampung halaman mereka semasa Perang Palestin 1948. Kanafani pada usia terkemudian teringat perasaan teramat malu yang dia rasakan sewaktu umurnya 12 tahun apabila memerhatikan ahli keluarganya yang lelaki semua menyerahkan senjata mereka untuk menjadi pelarian.[2] Keluarga itu menetap di Damsyik, Syria, yakni lokasi dia menamatkan pendidikan rendahnya. Dia kemudian menjadi seorang guru untuk kanak-kanak Palestin yang terusir di kem pelarian, yang juga merupakan tempat dia mula menulis cerpen untuk membantu pelajarnya mengungkapkan situasi mereka.[3] Dia mula menceburui ijazah Kesusasteraan Arab di Universiti Damsyik pada tahun 1952, tetapi sebelum dia menamatkan pengajiannya, dia telah dibuang dari universiti itu kerana hubungan politiknya dengan Gerakan Nasionalis Arab (MAN) melalui ajakan oleh George Habash. Dia kemudiannya berpindah ke Kuwait dan selepas itu Beirut yang merupakan tempat dia mendalam ideologi Marxisme.Pada tahun 1961, dia berkahwin dengan Anni Høver, seorang pendidik Denmark dan aktivis hak kanak-kanak, dan mempunyai dua orang anak.[4] Beliau menjadi penyunting dan menulis rencana di beberapa buah majalah dan akhbar Arab. Novel beliau Men in the Sun yang diterbitkan pada tahun 1963 mendapat pujian yang meluas dan, bersama-sama dengan A World that is Not Ours, melambangkan tempoh pesimisme pertamanya, yang kemudiannya berpatah balik kepada perjuangan aktif selepas Perang Enam Hari 1967. Oleh itu, beliau menyertai Barisan Rakyat untuk Pembebasan Palestin (PFLP) pada tahun itu dan menjadi jurucakapnya. Pada tahun 1969, beliau merangka program PFLP dengan gerakan itu secara rasminya berideologi Marxisme-Leninisme, yang menandakan perlepasan daripada nasionalisme pan-Arab ke arah perjuangan revolusi melawan persengketaan Palestin.[5]Pada tahun 1972, semasa dia berada di Beirut, Kanafani dan anak saudaranya Lamees yang berusia 17 tahun dibunuh oleh bom yang ditanam di dalam keretanya oleh Mossad, dengan pihak Israel nyatakan sebagai tindak balas terhadap peranan kumpulan itu dalam pembunuhan beramai-ramai Lapangan Terbang Lod. Namun, pembunuhan Kanafani mungkin sudah lama dirancang.[6]

Ghassan Kanafani

Anak-anak 2
Meninggal dunia 8 Julai 1972(1972-07-08) (umur 36)
Beirut, Lebanon
Warganegara Palestin
Pekerjaan
  • Pengarang
  • Ahli politik
Organisasi PFLP
Pasangan Anni Høver (k. 1961)
Tahun aktif 1953–1972
Sebab kematian Dibunuh
Kelahiran (1936-04-08)8 April 1936
Pusat pendidikan Universiti Damaskus (dibuang)

Rujukan

WikiPedia: Ghassan Kanafani https://www.ebb-magazine.com/books/p/on-zionist-li... https://books.google.com/books?id=AQGVQgAACAAJ https://books.google.com/books?id=b5nDQgAACAAJ https://books.google.com/books?id=PN2fn7XkMO8C https://books.google.com/books?id=QRXURzwdXS4C&pg=... http://newleftreview.org/I/67/ghassan-kannafani-on... https://drive.google.com/file/d/0B07yGbz1WxbLeWE2V... https://www.marxists.org/archive/kanafani/index.ht... http://www.palestineremembered.com/Jaffa/Jaffa/Sto... https://web.archive.org/web/20060128050536/http://...